Kurikulum Baru Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR PK) yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian telah mewujudkan satu mata pelajaran baru untuk murid-murid bermasalah pendengaran Tahun Satu iaitu Bahasa isyarat komunikasi (BIK). BIK adalah matapelajaran baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kepada murid-murid bermasalah pendengaran bermula pada tahun 2011. Tujuan utama BIK ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa isyarat murid-murid bermasalah pendengaran dan menyelaras kod isyarat yang ada. BIK juga menggalakkan murid-murid berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang mudah dan betul. BIK mempunyai draf sukatannya sendiri yang merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut:
a) Psikomotor
b) Kemahiran mengenal huruf dan angka
c) Kata tanya
d) Ucapan bertatasusila
e) Keluarga(asas kembangan)
f) Ganti nama
g) Hari dan masa
h) Pekerjaan
i) Persekitaran sekolah
dan bermacam - macam tajuk lagi ....
No comments:
Post a Comment