Sunday 27 November 2011

KUIZ: LATIHAN MEMBENTUK ISYARAT TANGAN

Arahan: Anda dikehendaki membentuk tangan seperti arahan dibawah dan teka apakah isyarat yang dilakukan...Selamat mencuba.

1) Tangan kanan "Y"tapak menghadap dalam lalu kenakan belakang jari pada bawah dagu. Jawapan:............

2) Tangan kanan "9" tapak menghadap kiri, lalu kenakan pada dada. Jawapan........

3) Tangan kiri melintang dada tapak menghadap bawah. Tangan kanan "5" bengkok tapak menghadap atas, letak di atas pergelangan tangan kiri lalu bergerak hingga ke pangkal lengan.Jawapan:..............

4) Kedua-dua belah tangan "D" tapak menghadap bawah, telunjuk kanan songsang di atas telunjuk kiri lalu sama-sama berpusing antar satu sama lain. Jawapan:........

5) Tangan kanan "C" tapak menghadap depan letakkan di belakang daun telinga.Jawapan:.......

Bagi sesiapa yang tahu jawapannya sila poskan di ruangan chatting....Selamat Mencuba

Monday 24 October 2011

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 1

Kurikulum Baru Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR PK) yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian telah mewujudkan satu mata pelajaran baru untuk murid-murid bermasalah pendengaran Tahun Satu iaitu Bahasa isyarat komunikasi (BIK). BIK  adalah matapelajaran baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kepada murid-murid bermasalah pendengaran bermula pada tahun 2011. Tujuan utama BIK ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa isyarat murid-murid bermasalah pendengaran dan menyelaras kod isyarat yang ada. BIK juga menggalakkan murid-murid berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang mudah dan betul. BIK mempunyai draf sukatannya sendiri yang merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut:
a) Psikomotor
b) Kemahiran mengenal huruf dan angka
c) Kata tanya
d) Ucapan bertatasusila
e) Keluarga(asas kembangan)
f) Ganti nama
g) Hari dan masa
h) Pekerjaan
i) Persekitaran sekolah
   dan bermacam - macam tajuk lagi ....

BELAJAR KOD ABJAD

Sebelum seseorang itu ingin belajar bahasa isyarat, mereka perlu mahir membuat kod abjad. Kod abjad adalah asas bagi sesiapa yang ingin belajar bahasa isyarat.

MARI BELAJAR ISYARAT NOMBOR 1-10