Monday, 24 October 2011

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 1

Kurikulum Baru Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR PK) yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian telah mewujudkan satu mata pelajaran baru untuk murid-murid bermasalah pendengaran Tahun Satu iaitu Bahasa isyarat komunikasi (BIK). BIK  adalah matapelajaran baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kepada murid-murid bermasalah pendengaran bermula pada tahun 2011. Tujuan utama BIK ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa isyarat murid-murid bermasalah pendengaran dan menyelaras kod isyarat yang ada. BIK juga menggalakkan murid-murid berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang mudah dan betul. BIK mempunyai draf sukatannya sendiri yang merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut:
a) Psikomotor
b) Kemahiran mengenal huruf dan angka
c) Kata tanya
d) Ucapan bertatasusila
e) Keluarga(asas kembangan)
f) Ganti nama
g) Hari dan masa
h) Pekerjaan
i) Persekitaran sekolah
   dan bermacam - macam tajuk lagi ....

BELAJAR KOD ABJAD

Sebelum seseorang itu ingin belajar bahasa isyarat, mereka perlu mahir membuat kod abjad. Kod abjad adalah asas bagi sesiapa yang ingin belajar bahasa isyarat.

MARI BELAJAR ISYARAT NOMBOR 1-10